money makers.. click!!

Saturday, July 9, 2011

Aku rindu tika itu....

Aku rindu tika itu,
Aku rindu tika aku bermain-main di padang rumput,
Padang yang cukup luas,
Tempat sang biri-biri rakus meragut si hijau.

Aku rindu tika itu,
Aku rindu tika aku bertatih mengayuh basikal,
Aku jatuh terluka,
Namun aku tetap gagahi jua.

Aku rindu tika itu,
Aku rindu tika aku berceloteh dengan sang rakan,
Bercerita berkongsi apa sahaja,
Memuntahkan segala yang terbuku di minda,

Aku rindu tika itu,
Aku rindu tika aku merengek bermanja dengan si tuaku,
Meminta itu dan ini,
Mahukan cuiman si tua setiap hari.


Aku rindu rika itu,
Tika aku punya ilham segala, Lalu aku muntahkan menjadi tulisan,
Aku rindu tika itu,
Tika aku bermain seorang dengan gembira walau tidak berteman.
Aku rindu tika itu,
Tika lagakku persis anak lelaki, Bermain kesana dan kemari tanpa gerun akan bahaya menanti.
Aku rindu, aku rindu, aku rindu
Semuanya........
Tidak bisa aku ungkapkan semua....
Kerna ia tidak mungkin terungkap dengan kata-kata mahupun tulisan...
Ya...... Aku rindu, teramat rindu sekli dengan zaman kecilku..... Seringkali ingin ku putarkan kembali masa menjadi bahagia seperti anak-anak kecil.....ahhh...sungguh bahagia....tiada masalah mendatang....yang wujud hanyalah kegembiraan........
Namun..... Aku sedar..., Hidup pada hari ini lebih bermakna.... Aku belajar dengan guru yang sebenar iaitu penglamanku sendiri... Syukur pasa Sang Pencipta kerana siapa aku pada hari ini dan siapa juga yang mendampingi aku...
Aku juga sedar, Hidup si kecil memang benar tiada masalah....hanya gembira... Namun dewasa juga walau menyakitkan... Membawa lebih erti kegembiraan... Kerana, bukan hidup namanya jika segalanya mudah.....
(p/s: Allah mencipta Adam dan Hawa adalah untuk mengembangkan khalifah Allah di muka bumi ini....bumi juga dicipta dgn seribu satu kekayaan zatnya utl manusia teroka..... Lalu diciptakan akal dan fikiran kpd manusia agar dia tahu bagaimana utk menyelesaikan permasalahan.... Kisah Nabi Adam aku jadikan pedoman agar hidup ini haruslah sentiasa berubah kearah sifat mahmudah...bukanlah mazmumah...walau baiknya itu sedikit...teruskanlah berbuat kebaikan kerana sikit- sikit bjkit ditimbus,lama-lama menjadi gunung...) it was drafted long ago before I ended up to published it..pleas excuse the written arrangement. Cz it was edited and published through phone...

No comments: