By the time i write this, it's already 12th Ramadhan. So hows your fasting process? your iman? your ibadah?
Me....alhamdulillah, still can complete the 13 nights of tarawikh...alhamdulillah...my goal for this year is i want to complete my tarawikh as long as im not in the 'red zone' (ya know what i mean...) haaiihh.... best nye kalau dpt complete 30 days... but seems like impossible je because the sign of my 'best friend' had already shown up....
Well, to be frank, memang agak susah dan mencabar sebab godaan tu selalu ada dan betullah kata orang awal-awal Ramadhan kita akan bersemangat untuk tunaikan ibadah, tapi bila dah pertengahan, Ya Allah..liat betul.... Same goes to me.... in addition, aku kerja part-time dekat bazar setiap hari so you know lah kan how busy the bazar is kan?.....i starts at 2.30 and ends after iftar, depends..... mostly pukul 8 mlm dah balik rumah la.... Alhamdulillah, rezeki Ramdhan Allah nak bagi..ada la jugak duit poket sendiri nak beli baju raya tambahan hehehe....
So berbalik pada tadi....memang agak rushing la bila balik tu nak berkejar pergi terawikh pulak...alhamdulillah sempat, kalau tak sempat atau letih sangat, terawikh kat rumah je la kan..... Perasaan malas tu memang ada, tp lawan la, mungkin kita akan jadi kurang khusyuk sikit sebab buat dalam keadaan terpaksa ni kan, tapi as for me benda baik nak-nak lagi ibadah ni kita memang kena paksa diri kita untuk laksanakan jugak selagi mampu. Bukan apa, untuk latih diri kita supaya nanti tak de la liat bila dah terbiasa buat kan? Tapi apa yang paling penting kewajipan yang 5 waktu tu tidak boleh tidak, harus dilaksanakan jugak (peringatan utk diri sendiri!)
Allah. tetapkan lah hati ini......
Ok bercakap pasal haid atau period bagi perempuan ni, as i googling, i read about kisah Saidatina Aisyah r.a. Tentang kesedihan isteri kesayangan baginda nabi Muhammad s.a.w... Dalam kisah tersebut, Saidatina Aisyah bersedih kerana telah kedatangan haid pada bulan Ramdhan sewaktu umat islam sedang berlumba-lumba beribadah kepada Allah s.w.t. Saidatina Aisyah r.a merasakan hilangnya peluang untuk dia berbadah kpd Allah....Namun, Baginda Rasulullah s.a.w memujuk kekasih hatinya itu dengan bersabda. “Ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim)
See...how sayang Allah pada kita yang perampuan-perempuan ni kan?.......Dia tahu kita ni lemah, tak segagah lelaki so Dia bagi kita cuti rehat.... Ibadah still boleh buat, tp of course la tak boleh solat, mengaji Al-Quran tu....tapi Allah suruh kita perbanyakkan zikir. Dan rindu seorang perempuan untuk beribadah seperti orang lain yang tidak dalam haid, turut dikurniakan pahala.... (Allah, sayang nya Dia kat perempuan....) bertuah betul jadi perempuan! :)
hmm.....jadi tak ada alasan lagi kan?....
Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang kita kerjakan....amin..... :)
(p/s: sedang persiapkan diri.......)